assalamualaikum..
pernah tak,kita fikir macam mana air ni bersih??
info bawah ni tentang proses rawatan air tau!
haa...SYABAS ni lah yang menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan air tau!
p/s:jangan lupa bayar bil air tau!
okey jom!
ni dalam bentuk slide show...
1. Air yang diambil dari punca seperti sungai ini akan ditakung dan dibiarkan untuk menghilangkan bau, rasa, pengoksidaan serta mengasingkan iron dan manganase. Proses ini dinamakan Aerator.
2. Air ini kemudian akan dialirkan kepada 5 aliran. Dalam masa yang sama, bahan Lime (untuk mengawal PH ) dan alum (untuk pengogulan) dicampurkan. Proses ini adalah untuk memastikan keladak dan kotoran akan mendap. Bagi sesetengah logi yang berteknologi tinggi, penambahan microsand dan polimer digunakan bagi mempercepatkan lagi proses pemendakan. Lumpur yang berat akan mendap ke bawah, dan sampah-sampah ringan akan terapung. Buih-buih itu adalah sampah dan habuk yang ringan.
3.Selepas itu air yang bercampur pasir tadi akan ditapis. Penapis dibuat daripada pasir biasa setebal satu meter. Tak caya ke? percayalah! penapisnya adalah pasir.Air bertapis kemudian akan dimasukkan ke dalam kawasan yang dinamakan Clear Water Tank. Di sini, air akan ditambah dengan lime untuk menstabilkan pH diantara 6.5-9pH.
4.Air yang jernih ni akan ditambah dengan klorin dan florida. Klorin adalah bahan yang perlu untuk membunuh kuman dan bakteria manakala florida untuk menguatkan tulang dan gigi. Air yang telah dirawat akan disalurkan ke kolam takungan sebelum disalurkan ke seluruh penduduk Lembah Kelang, Selangor dan Putrajaya.
#selamat membaca!
#selamat membaca!

No comments:
Post a Comment